::Our Anniversary::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
hola peeps, readers, stalkers, fan, friends, and all readers! selamat datang ke belog kesayangan kami! This is Pasha's Life. enjoy your reading yaa. sorry ya, if blog kami buruk sgt. n comot gilaa :') last but not least doakan hubungan kami kekal hingga ke syurga. AMIN~~

Wedding Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Little Caliph

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

08 September 2016

::My TTC Journey::

Assalamualaikum,....

Fuuh! Berhabuk blog aku ni. Lama gila tak update. Maklumlah, busy dengan dunia hemak hemak. kikiki

Ok, entry kali ni aku nak story pasal journey untuk dapatkan 'double line' hahahahaa. Maaf jika entry ni agak panjang ye! Sapa ckp mengandung senang? Sapa ckp bersalin senang? Sapa cakap berpantang pun senang? Meh sini cte kt aku tang mana yg senang tu??? For me, agak senang confinement dulu. Sbb A- to Z mama yg setelkan. Keja aku makan & susu kan anak je. Lain lain semua mama buat ke anak aku. Aku berehat sepenuh nya masa pantang dulu. Thanks ma. Love you. Tapi tuk kali ni taktahu laa mama dapat jaga ke tak. Dengan anak aku yg dh besar tu. Kalau mama tak dapat jaga, alamatnya pantang sendiri laaa kali ni. Huwaaaaaa :'(

Ok! Rasanya dah boleh stop dulu cte pasal tu. Kk, berbalik pada topic asal iaitu "TTC Journey" ok, untuk TTC anak kedua nii aku ambik masa 2 bulan baru dapat preggy balik. Tu pon guna method BBT Chart. Haaa, sebelum ni pakai Period tracker tu tapi tak jadi kan. Kalini pakai BBT Chart, alhamdulillah lekat hahahahahahaha.

Okay, let's check it out.............................

Yang kat atas ni BBT Chart aku. Tak faham? Meh aku explain.

BBT - Basal Body Temperature

Dah nama pn temperature kan, mestilah suhu. So kita perlukan thermometer! Seeloknya beli 2 digit, Sebab 2 digit lebih accurate. Tapi aku pakai 1 digit je, Sebab tu graph aku tu semua dalam 1 titik perpuluhan je :P tapi still accurate jugak even 1 titik perpuluhan pn


Waktu catat suhu
Masa terbaik ialah selepas bangun tido. K kena faham maksud selepas bangun tido ni tau. Jangan bergerak walau seinci pn. So nak terkencing ke hape ke tahan dulu hahahahaha. Sebab menjejaskan suhu badan kita once dah bergerak. So celik je mata, terus capai thermometer & catat suhu. Aku letak thermometer sebelah bantal, senang nak capai bila dah bangun tido huhu. Seeloknya, tetapkan masa yg sama setiap hari untuk mendapatkan catatan yg tepat. Macam aku, aku buat 7am hihi. So, consistant 7am setiap hari.

Cara Cara Untuk BBT
- Mulakan ambil suhu pada hari pertama period. Hari pertama tau bukan hari terakhir!
- Ambil suhu selepas bangun tidur
- Isi dalam chart. Aku ada installed dalam phone. Ni apps dia Google Play App Store . Jangan risau, apps ni percuma hehe

Cara Bacaan Waktu Subur
Dalam kitaran haid seorang wanita terdapat dua fasa. Iaitu Fasa Folikular & luteal. Perkembangan folikel dalam kilang berlaku semasa fasa folikular. Pada ketika ini, hormon estrogen adalah tinggi. Setelah ovulasi berlaku, terdapat peningkatatan hormon progesteron pula di dalam darah & ini akan menyebabkan susu asas badan meningkat. Garis merah didalam chart di atas menandakan hari ovulasi berlaku dimana terdapat penurunan suhu "dip" diikuti dengan peningkatan suhu badan. Ini dinamakan fasa luteal. Fasa folikular biasanya berubah-ubah. Manakala fasa luteal adalah tetap. Memang agak sukar untuk faham kan? Tapi, aku belajar, pergi kelas untuk semua ni. Huhuhu

Merancang Untuk Bersama Suami
Digalakkan untuk bersama suami selang dua hari semasa ovulasi berlaku. Sebagai contoh, dalam graph aku tu. Dia mentioned aku subur pada hari ke-18. So, digalakkan bersama suami pada hari ke 14, 16, 18 & 20. Ini kerana sperma boleh hidup dalam faraj, rahim & saluran peranakan lebih kurang 2-5 hari! Berbanding dengan wanita yang hanya boleh bertahan selama 12-24jam sahaja. Tapi aku takda plak buat 4 hari tu. Pengsan wehhh hahahahahhahaa

Tapi, bagi yg mempunyai masalah haid yg tidak teratur, seeloknya pakai OPK untuk mengesan kesuburan. Tapi aku yg tetap pn still jugak pakai OPK. Nak kepastian org kata :P

So, lepas waktu ovulation tu, suhu badan kita naik & tak jatuh jatuh. Dah boleh standby buat preparation for a baby!! Hehehehe. Tapi kalau mula mula naik & tiba tiba dia jatuh merudum, bersedia untuk kibarkan bendera jepun yaa. Hahahahahhaa. Macam graph aku nii +ve hihihi

Sebab tu segala aktiviti kita buat untuk 1 hari tu, catit je dalam tu. Demam ke apa ke. Bersama suami pn kena catit tauu. Kalau pregnant kan senang dia nak detect EDD hihihi

Sedikit coretan sebelum menutup kisah aku kalini. Aku nak story sikit amalan aku sebelum mengandung kali kedua.

1) Mengurut - Mengurut dengan bidan bersalin dgn bidan biasa lain tau, bidan bersalin dia lebih faham kedaan badan kita. masa aku mengurut tu bidan kata rahim aku jatuh sikit. So dia naikkan rahim aku (kalau aku tak urut, aku taktahu rahim aku kebawah)

2) Folic Acid - Seeloknya diamalkan 3 bulan sebelum TTC. Jangan skip. Sebab Folid Acid ni menguatkan rahim kita!

3) Makanan Sunnah - Aku amalkan ambik kurma (dalam bilangan yg ganjil) & blend dgn air. Suami minum dulu & kita habiskan sisa suami

4) Nawaitu - Nawaitu tu penting dalam setiap apa yg kita lakukan. Sebab apa kita nak mengandung? Memang nak zuriat atau malu @ terasa dengan mulut orang atau nak menunjuk pada kawan yg belum ada zuriat? Fikirkan sendiri

04 November 2015

::Suprise Buat Suami::

Assalamualaikum....

Dah lama rasanya tak hapdate blog ni hihihi. Al-maklumlah busy. Sorry! Sis ada life. Yelah, since dah jadi ibu ni mmg double triple kerja kan hihi. Siang kerja, balik rumah masak, pastu makan. Then nak tgok baju anak kalau belum cuci nak kena cuci. Nak kena kemas baju anak masuk dalam beg nak bawak g rumah ibu untuk esoknya. Pastu dah lewat sket nak masak untuk bawak bekal g kje & menu makan anak bujang tu. Bila masa free? Tak ada ok! Hehehe

Skang baru kau rasa Syida mcm mana mama kau sorang sorang uruskan LIMA org anak. Aku yg baru urus sorang anak yg baru nak brtatih pn dah mcm nak gila sbb penat hahahahah!! Sebelum bercerita pada tajuk asal aku tu, rasa mcm nak kongsi sket pasal perkembangan anak bujang aku tu.

Masa dia berumur 95hari dia dah pandai meniarap, It's so amazing!!! Aku sendiri pn mcm tak percaya tau. Lpas tu masa dia umur 7bulan dia dh pandai merangkak, 8bulan duduk & now 9bulan tgah duk bertatih nak jalan. OMG anak ummi. Jgn cepat sgt membesar ummi ridu tauuu :'( :'(

Ok, back to the topic. Pasal birthday suami aku ni. TBH, aku mmg tak pandai nak suprise kan org. Dan aku tak pernah suprise kan org termasuk suami aku sendiri. Hahaha. Sedih kan?

Ceritanya mcm ni, lepas plan pertama aku yg dibantu oleh BIL aku gagal sbb kawan suami aku ni. Aku buat plan lain. Luckily aku ada buat backup plan. Kalau tak mmg mati kutu aku hahahaha. Aku cakap ngn suami aku aku balik lambat sbb ada meeting kt opis :P & suh suami aku balik awal ambik anak. Then suami pn ok. So sementara 'tengah meeting' tu aku beli cake, beli hadiah. kebetulan kat rumah ada lilin masa beli kt ikea tu. So takda lah beli lilin lagi

masa otw balik rumah aku ckp abg jgn kunci pintu & grill, ayang takda kunci nak masuk rumah. Sbb aku takda kunci rumah, semua gantung pada suami jee :P so lpas smpai je depan rumah tgok line dlu, letak cake sebelah grill, bukak pintu then tgok laki aku dalam bilik tgah tido kan anak. So aku buat buat tanya kat mana letak kunci rumah sedangkan dah tahu tmpt letak kunci hahaha. Lepas ambik kunci cepat cepat bawak lari cake letak bilik belakang. Sekali hadiah aku sorok k! Hahahahahaha

Lpas tu aku g masuk bilik & seperti biasa salam dia dulu & dia kiss forehead & hug, then aku ckp lah ayang penat lah. Nak mandi. Lepas mndi aku laki aku ajak makan luar, teringin nak makan kt kedai makan bawah pokok kt area umah aku ni. Sbb dia selalu tgok org ramai. Dia pn nak merasa. Masa tu aku dah risau dah sbb cake aku cair lah nanti kalau g makan lama lama hahahahahahahha. lpas habis makan kitorang pn balik rumah, sampai jee rumah kebetulan anak aku merengek mengada nak tido.aku pn ambik kesempatan yg ada decorate plan aku yg taktahu jadi ke tak tu hihihihi.

Aku bawak anak yg merengek masuk bilik & tdo kan dia. Anak aku ni jenis nak aku peluk dia baru dia akan tdo. Kalau aku takada, dia sgt susah nk tdo,. Mungkin sbb bau ibu dia kot. Hehehehehee. Lepas dah tdokan anak aku, aku pn mulakan aktiviti aku........

Aku susun lilin, tgah dk menyusun tiba tiba anak bangun terus dtg mengacau. Masa tu nak menjerit kottt tapi tahan sbb nti kantoi hahahaha. So aku pn bagi anak aku main lebihan lilin tu. Tapi dia tetap tak tertarik, dia hanya tertarik yg aku tgah buat tuuu. Sampai satu tahap, dia geram. Dia gigit kad yg aku dh siap buat cantik cantik, dia gigit hadiah laki aku  & yg paling best dia colek tgn dia kat cake tu. Nasib baik sket, kalau bnyk buruk cake aku hahahahahha.

Lpas dah setel semua benda, aku pn pasang lah lilin tu. Masa tu mmg anak aku kaw kaw dia kacau, sbb menarik kot ke dia. Dia asyk nk dtg & sentuh je lilin aku tu. Hahahahahaa. Aku setelkan cepat cepat then
aku bawak anak aku keluar & tutup pintu. Masa tu pulak aku saja tinggalkan bear kesayangan anak aku. Supaya ada point lah nak suh hubby g masuk bilik hehehehe. Aku plak senang je nak cari point kasi anak aku cari bear dia. Aku hilangkan diri aku, g menyorok jap pastu dia msti nangis. Pas dia nangis aku ambik dia & cakap abg, B nak tdo ni. Cari bear B jap.Pastu Hubby cari tak jumpa sampai dia hampir give up dah. Then aku pn saja lah ckp cuba tgok dalam bilik. trtinggal dalam bilik kot. Then dia pn buka pintu bilik...........................

Lepas buka dia tutup balik pastu dtg kt aku & hug pastu bawak aku g bilik sambil dukung anak & kata TERIMA KASIH SAYANG. Abg trharu sgt. Tak pernah abg dpt suprise mcm ni. Tak berhenti mulut dia cakap terima kasih tau hahahahaha. Kelakar sgt masa tuu. Then dia sempat kata abg rasa syg nak buang lilin nii. Sbb sweet sgt kikikiki. Lilin tu plak wangi, bila pasang perghhh semerbak bau dia. Wangi sgt. Mujur lah ada balance sket lilin beli kt ikea tu. Itu pn sbb dah lama tak membakar aroma theraphy kt rumah ni. Tu yg boleh buat, kalau tak. Mmg kena beli lilin lah jawabnya huhu

Haaaa. Nak tgok apa yg Hubby trkejut sgt tu? Meh layan gambar kat bawah ni.. Hihihihi

Before nyalakan api

Selepas menyalakan api

With cake!

Haaaaa. Ni untuk sapa yg taktahu nak suprise kat pasangan diorang. Buat mcm ni pn dah ok tau. Jimat bajet dari buat suprise dinner kat luar hihihihi. Ok. Itu sahaja untuk entry kalini. Byeeeee~~~~

19 February 2015

::pENgALamAN mELahiRkAN my hEro::

Assalamualaikum....

Skang status dh brtukar dlu isteri orang. Skang tambah lagi satu tanggungjawab. It is mother. Yes! MOTHER.

Setiap orang melalui pengalaman yg berbeza untuk setiap zuriat yang dilahirkannya. Begitu juga dengan aku. Tak terlepas semua tuu. Pengalaman aku? Ermmm. No komen hehehe.

Ok. Let's start the "journey"......

Pada 12/02/2015 aku pergi "menyerahkan diri" @ hospital sebab kandungan dh overdue sgt aku masih belum meletop hihihi. Alkisahnya mcm nii....

Pagi 12hb tuu aku sepatutnya kena g hospital kul 8am. Tapi kul 7.30am pas aku salam mama mintak ampun maaf, halalkan makan minum semua. Doakan aku and menangis bagai, aku pergi bfast ngn Hubby dlu, pastu sempat jalan jalan lagi. Kul 11lebih baru aku pergi hospital. HAHAHAHA.

Since aku masuk hospital lewat, so doc decide aku induce esok pagi iaitu 13hb. Masa tuu aku tibai segala makanan aku trasa nak makan semua aku mintak hahahahaha. Time nii happy lagi weyy hahahaha

Then tibalah hari yg dinanti nantikan. Aku diinduce. Kul 7pagi, Sebelum induce doc buat VE dlu. Then dia kata. Ok good. Dh bukak 2cm. So kita proceed induce ya. aku redho pasrah jee time tuu. Pas dh induce doc suh baring jangan bergerak selama 1jam kalau tak ubat jatuh. After 1hour, doc kata dh boleh gerak. Nak kencing mndi makan pe semua. So siapkan lah diri dlu japgi nak jumpa encik suami :-P

After induce nurse nasihatkan jgn baring. Banyakkan berjalan, bergerak. Kalau tak nanti takde bukaan. Jadinya aku pusing satu wad tuu hihihi. Bila pukul 4 mcm tuu doc cek balik bukaan and dh buka 4cm. Doc ckp ok proceed to LABOUR ROOM. Puan please call husband ya. Then dia suh tukar bju untuk ke LR. pas aku tukar bju pe semua suami aku pn dh sampai then aku tunggu LR kosong. Pukul 7 lebih bru dpt masuk LR.

Masa dh masuk LR tuu dia buat sket check up dlu baru panggil Husband masuk. Masa dalam LR aku dh tak boleh berjalan jalan lgi. Hanya duk atas katil jee pastu masuk ubat and pintu rahim akan membuka sket demi sedikit. Kata doc untuk 1st child 1hour 1cm bukaan. Ok. Masa nii rilex lgi. Sbb contraction tak kuat mana pn. Bukan tak kuat sgt, cuma aku boleh tahan lagi. Doc tak bgi meneran tanpa pengawasan. So kalau rasa nak meneran let them know. Nak makan minum tak boleh dh dalam LR. Nak kencing pn dia pakaikan beg kencing tuu. Kencing lah ngko sepuasnya. Hihihihi

Makin berganjak masa, makin kerap contraction dtg. Makin sakit. Makin aku tak tahan nak menganggung sakit contraction tuu. Hubby kt sebelah tak berenti suh aku selawat, baca doa nabi yunus. Meanwhile dia pn buat perkara yg sama kt telinga aku.

Bila makin sakit aku genggam tangan Hubby sekuatnya. Ada skali tuu aku tak tahan sgt aku sampai hampir gigit lengan suami aku. Huhu. Aku menangis. Hubby pn menangis tengok keadaan aku yg mcm tuu. Mmg Hubby lah teman aku menangis bersama dalam LR tuu. Walau tak dpt rasa kesakitan mcm mana, tpi dia kata dia paham apa aku rasa siap ckp nk transfer sakit tuu ke dia lgi. Amboiii. Ingt nii demam ke apa? Hahahaha

Masa berganti masa, aku still dalam LR. Tanpa disedari, dh 10jam aku dalam LR. Anak aku masih lgi tak boleh keluar. Lastly, doc tanya pendapat aku and suami. Encik kami terpaksa emergency czer isteri encik sebab progress still sama. Tkut baby lemas. Dh lama nii. Kepala dh keluar. Tapi bby tak mampu push bahu dia untuk keluar. Tanpa pk panjang, tanpa tunggu jawapan dari Hubby aku trus jawab setuju. Sebab masa tuu memang pk kan anak jee. Tak pk dah pasal diri. So bila Hubby dh setuju, dh sign semua borang terus tolak g bilik bedah sekali ngn Hubby. Masa dh nk masuk aku tengah nangis lgi sbb Hubby takleh teman dh. Dia leh teman smpai pintu dewan bedah jer. Time tuu aku pegang tangan dia tak lepas. Dia kiss forehead aku and ckp in shaa Allah syg and anak kita selamat. Masa tuu dh mcm apa dh kitorang nangis. Hahahahaha

So masa dalam dewan bedah aku dibius separuh badan. So aku SEDAR apa yg diorang buat. Diorang potong perut, tekan, korek perut aku. Semua aku sedar cuma mamai and menggigil. Sbb dh dibius. Masa tuu bnyk bnyk baca doa nabi yunus ja.

Tak lama lepas tuu dalam 15min kott aku dengar suara baby. Dalam hati aku bersyukur anak aku selamat. Mengalir airmata aku. Then nurse tuu tunjuk ke aku "Puan, nii anak Puan yee. Tgok baby apa.?" Aku pn jawab baby boy. Then dia suh kiss baby. Anak aku putih melepak giloss woii. Hahahahaa. Tembam plak tuu. Pastu nurse ckp berat baby 4.17kg. Then dia cakap nak hantar baby pergi injection.

Masa tuh diorang tengah jahit perut aku. Pas jahit hantar kt luar aku nampak Husband aku setia tunggu kt situ. Bila dh kuar aku tanya abg dh tgok anak kita? Then dia jawab dah sambil mengalir airmata.

Lepas kena operate, aku dihantar ke wad masa tuu masih lgi mamai sbb bius belum habis. Time tuu doc baru explain dia ckp aku kena czer sbb bby besar. Bby tak mampu nak push bahu dia. Masa dalam LR kepala anak dh keluar. Tpi dia tak boleh bantu diri dia keluar sbb dia besar. Hubby uruskan aku. Doc bgi uri pe semua then dia ckp nak balik. Masa nak balik tuu sempat lgi buat drama airmata kami nii hahahaha

Dia ckp bnyk bnyk terima kasih sbb sudi lahirkan zuriat dia. Bnyk dugaan ditempuhi nak lahirkan anak kami. Mmg dia terharu. Dia call mak dia and kawan kawan dia yg call dia menangis dia jawab call sbb trlalu sedih tgok keadaan isteri dia nii yg berkorban mcm nii skali untuk anak dia. Aku ingt lagi kawan tempat kerja dia call tanya aku cmne then sambil menangis jawab soalan kawan dia tuu. Kesian plak aku tengok nyaa hihihihi

Bila Hubby dh balik, aku pn tdo then petang family semua dtg. Semua dk gomol anak aku yg comel, pipi semerbak tuu. In fact sampai harini sesapa nampak dia semua geram. Dh lh putih tembam plak. Hahahahahaha

Pada anak ummi, selamat melihat dunia sayang. Tarikh lahir awak 14/02/2015 @ 7.17pagi

Sekarang awak and daddy lah dunia ummi. Nyawa ummi. Segalanya bagi ummi. Ummi and ddy love you Muhammad Dinie Izzrayqal

Pada sang suami kt luar sana bila isteri nak bersalin teman lah sampai bayi anda dilahirkan. Anda akan rasa mcm mana rasa seorang isteri melahirkan zuriat anda. Walaupon tak melalui, at least anda teman. Itu dh cukup buat hilangkan rasa sakit :-)

--- THE END ---

P/S: Pic akan diupload later. Selepas masa yg sesuai

-Posted Using Blog Press from my Samsung Note 3

21 January 2015

::AdmittEd @ HospitAL AmpANg::

Salam.

Ok. Malam nii mood tetiba rajin nak hapdate belog untuk tatapan my budak kenitku yg tersayang nii :P

Based on my entry, mcm seram jee kan bunyi nyaaa. Hmmm. Admit?? Dh bersalin ke?? Ohh noo. Belum lagi. Budak kenit nii taknak keluar lagi dari ummi's belly. Suka duk dalam nii. Bak kata Hubby dia suka duduk dalam perut ummi sbb dalam perut ummi ada segalanya.contohnya seperti gym, hotel etc. -.-"

Ohh dh melalut dh nii. Hahaha. Back to my entry. Kembali ke jalan yg benarrr hahahaha. Sebenarnya kena admit sbb budak kenit dalam perut nii kurang gerak. Let's check it out mcm mana cerita nya yaaa

21/01/2015 :
Morning (around 9am to 12pm)
Masa nii baby aktif sgtt. Yelah sbb kena g hospital. Jumpa perempuan kann. Mmg aktif lah kan anak kesayangan ummi nii. And suddenly after 12pm onwards aku rasa baby kurang gerak. Tersangat kurang. Sampai kan Hubby balik kje, nak borak ngn dia. Dia tak layan. Senyap gitu jgakk. Biasanya budak kenit nii dia suka bila ddy balik. Main ngn ddy. Borak ngn ddy. Smpai sakit tulang rusuk ummi kena tendang. Tpi tak pada masa nii. Hmmm. Dgn aku tak payah ckp lah. Aku goncang goncang, usap and borak dia pn sama. Wt tak reti. Masa tuu mmg diam lagi. Pk positif jee. Maybe baby tdo

Pastu makin ganjak ke malam sama jgakkk. No movement. Sampai lah ke tengah malam. Time tuu mmg mood dh down. Dh nangis dh ngadu kt Hubby npe bby tak gerak nii. Hubby memula ckp dia tdo. Tpi dia try lgi ckp buat semua yg boleh buat bby gerak, still the same. Hubby pn risau aaa. Hubby siap cakap lagi "bby, npe nii. Npe wt cmni. Ummi dh nangis tuu risaukan bby" but still. No response. Hmmmm.

So Hubby decide, kul 12.00 tak gerak jgakk kita g hospital. Sampai kul 12, takde jgakk rasa movement. Kami pn sesiap g hospital. Inform mama. At first mama nak ikut. Tapi dia kata esok adik aku yg bongsu nak sekolah, then dia kata tak jdi lah. Anything let her know. Masa otw nk g hospital tuu Hubby bawak laju gilerr. Agak seram lah jgakk aku. Dh lah tengah malam. Kereta tak ada. Dia plak bawak laju.

Sampai jee kt hospital pergi kt bahagian PAC. Bgtahu nurse segalanya. So Hubby g daftar kan aku. Meanwhile nurse hantar aku masuk ward untuk check up.... so disinilah bermula segalanyaaaaa......

Masa dia ujian CTG towards me. Lain yg nak di buat, lain yg keluar hahahaha. Haaa, kalau taktahu apa tuu ujian CTG, silalah rajinkan diri gugel apa maksudnya :-P

Masa tengah buat ujian CTG tuu, nurse tuu tak dpt detect baby punya movement. At first dia kata baby tdo. Pastu dia kejutkan baby. Sakit gila dia kejutkan baby. Dia goncang perut kuat sgtt. Tekan tekan perut. Nasib baik dia kata sorry kalau tak free jee kena marah ngn aku :-P

Bila baby dh bgun tuu dia buat mcm mcm nak suh baby gerak. Siap suh aku mengiring ke kiri pn sama jgakkk. Baby tak gerak.  Tapi..........

Tapiiii.... apa yg paling mengejutkan ialah doc detect ada contraction. OMG!!! Nurse siap tanya lagi, awak tak rasa ke contraction? Me just said NO. HAHAHAHA!!! Bnyak kali lah nurse detect contraction. Dh lama bru bby gerak. Itu pn slow. So bila dh setel ujian CTG tuu tunggu doc plak untuk further action punya check up. Pas doc dh sampai dh "interview" segalanya doc pn ckp kt nurse dia nak buat ujian VE. Once again kalau taktahu apa itu ujian VE sila rajinkan tangan mengugel yee haha.

So, bermulalah sesi seluk menyeluk kikikiki. Nurse mcm biasa ajar cara macam mana aku kena baring. Badan and kaki kena dalam position apa. Tarik nafas and jgn angkat punggung ye puan. Untuk melalaikan aku dri melayan rasa sakit dia pancing aku ngn borak. So layan jelah even ada 2 3 kali aku hampir angkat punggung. Cecepat nurse cakap tarik nafas puan, jangan angkat punggung. So bila dh setel aku tarik nafas lega beb!! Haahhahahaa. Hmmm. Nak ckp pengalaman kena VE tuu tak perlu lah. Depends pada individu sndiri. For me, mmg sgt sakit. Tapi demi sikenit nii. Ummi sanggup berkorban apa saja.

Bila dh habis ujian CTG and VE. Doc buatlah report dia and tengok graf aku tdi. Pastu dia cakap bahasa omputih ngn nurse dia apa benda tah. Bahasa doktor kan. Awokk mana paham :-P

After that diorang decide aku kena warded sbb bby kurang gerak. Masa tuu aku cm blur blur jee boleh tanya bila tuu. Hahahahaha. Cm bodoh jee kan. Sbb trkejut huhu. Doc ckp malam nii satu malam jee in shaa Allah kalau esok baby ok boleh keluar. Dalam kepala hotak aku nii ya Allah sampai admit. Sapa nak siap kan Hubby g kerja. Sapa nak kejutkan Hubby. Semua pasal Hubby yg aku pkkan. Ahahahahaha. So bila doc bla dari katil tuu aku curi curi nak amik hp. Tpi tak lepas sbb lepas tuu doc dtg balik suh pergi scan. Ok tawakal. Masa scan tuu tggu lama sgt. Then aku mintak izin g tandas and amik hp aku :-P

So beginilah conversation aku ngn Hubby. Masa nii Hubby kt ruang menunggu dewan bersalin. Time nii dia dh tak boleh masuk teman dh. Sian syg aku lama tunggu isteri dia. Tgok timing. Pukul 2 pagi ok. And dia masih setia menunggu si isteri. Terharu kejap :')




So bermalam lah aku kt hospital ampang tuu. Yg paling kesian kt Hubby lah. Dia tak tdo satu malam sbb nak teman aku. Yelah. Org mengandung nii kan manja. So perlukan perhatian lebih dari sisuami lah. Kahkahkah. Hubby sampai menangis sbb terlalu kesian kt isteri dia nii yg terpaksa tempuh mcm mcm. Yet, dia still bersama aku. Sambil menangis sempat cakap "terima kasih sbb sanggup korbankan diri demi zuriat kita" aku nii kan hati cepat tersentuh. Mmg dgn aku sekali lah menangis kan. Dh lh tak boleh berjauhan dgn Hubby. Trpaksa berpisah sekejap dgn Hubby. Ok! Stop cte kisah rumahtangga hahahaa

So awal pagi tuu mintak izin ngn doc nak balik alasan nak amik baju and barang. Alasan sgtt hihihihi. Tpi dgn syarat kul 8.30 kena sampai hospital semula. Sbb nak cek gerakan anak. Tapi nak tau kul bpe kitorang sampai?? 9.30 pagi ok!! Hahahahahaha. Puncanya ialah pas sampai umah kitorang TERlelap. Aku ulang lagi sekali TERlelap hihihi. Kononnya lah nak lelapkan mata jee. Tdo depan tv. Dgn alasan nanti msti trsedar bila adik yg bongsu nak g skolah. Penyudahnya adik dh g skolah. Adik yg 2 org pn dh g kje kami still tdo lagi. Hahahahaha. APTB betul huhuhu

Since dh lambat tuu kitorang siap pe semua bagai then g hospital balik. Repeat same procedure and so on. So ptang tuu aku dh boleh discharge. Happy nya tak terkata wehh hahahahahahaha. And doc pesan pasni kalau jdi lgi cecepat g hospital semula.


Kenangan warded :')



So. Begitulah kisah yg sedih medih pedih lagi menyayat hati :-P tapi apapun bersyukur baby ok. Ummi pn ok. Lepas discharge jee trus ajak Hubby cari ikan keli hahahahaha. Blik rumah jee mandi semua pastu dua dua trbungkang. Haaaa. Dasyat kan kamiii. Punya lah penat pengalaman kami. Kesian Hubby tak kerja gara gara aku. Maaf yee syg.apa pn thanks sudi teman kan ayang. Beli makanan untuk ayang sbb ayang lapar sgt masa tuu. Pastu makan sorang. Tak pelawa langsung abg. Im glad have such a good and caring husband like you. Love you to the infinity

Buat anakku yang tersayang, ummi sayang awak jgakk. Awak and ddy nyawa ummi. Love both of you.

Lots of love
Ummi
XOXO

-Posted Using Blog Press from my Samsung Note 3

17 January 2015

::couNTiNg thE dAys bEForE dELivEry::

Assalammualaikum....

Rasa mcm lama sgt tak hapdate belog kan. Kahkah. Maklumlah busy dgn preparation for my first baby!! Ehh eksaited kott kikiki.

Ok. Since aku dh declare this belog aku nak dedicate untuk anak aku one day. Biar dia tahu pengalaman ummi dia nii kandungkan dia. Hiksss. Poyo sgtt kann. Retis tekawww. Jadinya aku nk story sket lh

Skang nii aku dh balik rumah mama kt langat. Menghabiskan sisa baki hari yg masih tinggal sebelum melahirkan anak yg tersayang nii heee.

Since dkat sini aku check up and jumpa doc pakar pn kt sini lah jgakk. Check up kt klinik batu 14. Jumpa doc pakar kt hospital ampang. Jgn tanya kenapa aku dirujuk dgn doc pakar. Biarlah menjadi rahsia aku husband and family jee yg tahuu. Bukan sbb malu ke apa. Tpi sebab complicated kalau nak cerita. Tapi semuanya bermula dgn allergic aku tuu lah.

First of all aku nk cerita service kt klinik nii dlu. Hmmm. Service mmg different gila ngn KKIA Pulau Meranti. Procedure pn berbeza. Yg paling aku seriau bila kena amik reading hb kt lengan instead of jari yg biasa aku buat kt Pulau Meranti tuu. Aku boleh plak tanya nurse tuu "sampai bila nak amik darah kt lengan?" Dia kata selagi awak check up sini, selagi tuu amik kt lengan. And aku pn jawab "saya setiap minggu msti amik darah kt lengan bila jumpa doc pakar. Sampai lebam tangan saya nii" siap tunjuk lgi lengan aku yg lebam lebam asyik kena amik darah jee. Hahahahaha. Pastu nurse tuu ckp kt sini mmg tu procedure dia. Aku plak selamber jee ckp "masa saya kt KKIA Pulau Meranti amik reading hb cucuk kt jari jee" nurse tuh pn diam .ahahahaha

Next, hmmm Hospital Ampang plak. Ok. Aku sgt tak suka lah cara diorang working kt sini. Yelah, setiap kali appointment msti nak kena daftar dlu kt kaunter luar, bru daftar kaunter dalam. Sedangkan masa kt serdang tak mcm tuu pn. So, dh buang bnyk sgt masa kt situ. Aku smpai pukul 7.30 pagi. Jumpa doc pukul 11 lebih. Aku sempat lgi bfast sementara nk tunggu daftar tuh. Bosang sgtttt!! Tak besttt. Arghhhh

Hari isnin haritu aku pergi lah hospital ampang. Kes aku dh dirujuk ke sini sbb aku dh blik rumah mama kan. Tak perlu lgi lah pergi hospital serdang. So masa jumpa doc tuu cakap itu ini, borak itu ini scan baby pe semua. Japgi doc cakap kalau keadaan aku masih tak ok, belum stabil. Aku kena tahan ward and induce untuk bersalin kan sikenit nii. Aku terus trgamam kott!! Dia bgi tarikh untuk aku 20/01/2015. Ehh, mana boleh mcm nii. Aku taknak ubat. Nak brsalin biasa jee. Hahahahaa.

Tanda nak bersalin tuu mmg ada. Cuma budak kecik dalam perut nii belum bersedia nak keluar lgi kott. Kikikiki. Hari hari aku brcakap ngn dia, buat segala benda nk bgi senang brsalin. Semua aku cuba. Ummi tak kisah cara apa sekali cara doc buat supaya anak ummi kua. As long as normal dh cukup buat ummi. Buat anak ummi yg trsayang, tolong ummi yee syg. Bantu ummi permudahkan proses bersalin ummi. Ummi and ddy can't wait to see you sweetheart. Tiap tiap hari ummi ngn ddy borak ngn baby benda yg sama. Msti anak ummi dh bosan nk dgr kan :p
tapi, budak kenit nii kalau dgr ddy dia panggil panggil dia. Main ngn dia. Dia aktif dalam perut nii. Sampai sakit sakit perut ummi tahan tendangan awak sayanggg hihihihi. Anak ummi suka main ngn ddy yeaaa. Jadi anak yg baik yee sayanggg.

Lots of love from ur mommy. XOXO

-Posted Using Blog Press from my Samsung Note 3

28 November 2014

::kERiNduAn::

Assalamualaikum....

Haihh. Lately nii tgn asyik gatal nak hapdate belog jee kan. Kikikiki. Almaklumlah, mata nii pukul 2 3 pagi mmg masih segar bugar lagi. Tak mengantuk langsung beb. Hebat btol. Haha

Hmmm. Actually aku just nak share kerinduan aku masa 1st trimester. Haaa. Gedikss kan :p

Aku rindu moment 1st trimester. Rindu kan alahan aku. Skang nii takde alahan, muntah muntah. Tapi selera makan makin kurang. Hmmmm. And Idk why.

Masa 1st trimester dlu, best seronok. Bukanlah kata skang tak seronok. Skang nii lagi beronok ronok huhu. Ok. Let me explain.

Masa 1st trimester rasa badan ringan jee. Mcm antara percaya dan tak ada manusia in my belly ;p pastu bila makan jee muntah. Smpaikan berat badan turun 4kg. Kena marahlah dgn nurse masa check up. Hbp pn low sbb tak makan kann. Tapi walau tak makan, masa tuu tak rasa lapar tauu. Cumanya bila aku tgok makanan aku mcm tgok racun. Smpai satu tahap aku makan smbil menangis sbb tkut nak makan. Makan dua suap jee dh cukup. Pastu mmg ke bilik air laaa jawabnya -.- ok. Seriously rindu ea. Rindu sgttt

Hmmm. 3rd trimester plak. Makan masih lagi kena suap dgn en. Husband. Manja gittuw. Kihkihkih. Tak kira lah kt rumah sendiri ke rumah mama ke atau rumah MIL. Makan masih lagi brsuap. Gedikk kann. Sbb Hubby dia mmg tak bagi aku duduk bangun sbb dia risau aku trjatuh masa bgun cz aku nii ada masalah asal bgun jee nak trsadung. So dia amatlah risau dgn isteri dia ni! Hihihihihii. Pastu bila tgok kt diri kt cermin selalu ckp "abg, ayang gemok kan" even aku tahu Hubby jawab just nak jaga hati aku, tapi sbenarnya aku tahu aku mmg dh gemok. Tapi gemok ada isi tak mengapaaaa hahahaha. Next, makan ke tak makan ke sama jee. Lapar dia lain mcm. Contoh aku bru pas makan nasi kul 9. Kul 10 japgi aku cri makanan lagi. Sbb lapar. Sbb tuu kt rumah aku nii bnyk kudapan. Hubby standby untuk isteri dia yg trsayang nii :D

Beza antara senua trimester nii bgi aku kan. In 3rd trimester aku lebih manja ngn Hubby. Buktinya, setiap pagi bila Hubby nak pergi kerja aku mesti nangis seolah olah tak bagi dia pergi kerja. Ada suatu hari tuu aku smpai nak ikut dia pergi kerja. Dasyatt kannn hahahaha. Tapi kalau nak cakap bab manja pn, both of us mmg sama sama manja pn. Need each other gittuw. Hakhaaa. Sbb apa taw. Every one hour msti hubby akan call at least 5min tanya keadaan isteri dia nii. Bila aku tak jawab dia akan wassap @ tgok last seen aku. Pastu dia dk risau. Padahal bini dia tgah tdo huhuhu. Baby plak. Makin aktif dia skang. Lagi lagi bila ddy dia main dgn dia. Ddy kiss perut. Borak ngn dia. Lagilah aktif smpaikan bila ddy dh tdo dia masih lagi menendang.

Nanti bila dah bersalin mcm mana lah ekk. Msti aku rindu moment indah masa preggy hehehe. Skang pn dh rindu. Apatah lagi pas brsalin yee dok huhuhu.

Tapi pengalaman nii sgt seronok. Especially nii kan first baby. Sgt teruja. Mcm mcm rasa ada. Sampai sanggup taw  aku behenti kerja semata mata demi keselamatan aku and baby nii. And decided lepas habis pantang pn nak jaga anak sndiri. Mcm mcm berita dgr and tgok skang kan. Hubby pn jdi tak berani nak hantar baby kt pengasuh.

Dear anak ummi, ummi will sacrifice anything for you sweetheart. Ummi love you so much. Hope anak ummi jadi anak yg baik dan membanggakan buat ummi and ddy yee.

Oklah. Jumpa lagi next entry. Daaa~~~

-Posted Using Blog Press from my Samsung Note 4

25 November 2014

::nEw WoRLd::

Assalamualaikum....

Fuhhh. Lamanya tak hapdate blog nii kan. Huhu. Since aku "tutup" blog aku for readers. Adalah reasonnyaa kannn. Yg orang tak perlu tahu :p cewahhh. Statement mcm retis gittew. Kahkahkah

Ok. Cukuplah tuu kan merepek hihihi. Dipagi buta yg mulia nii (2.40a.m) aku nak story pasal kehidupan ku sekarang. Hamikk kaauuuu. Dekat pukul 3 pagi hapdate blog. Hmmmm. Tak boleh tdo laaa. Nak nangis jee rasa. Hmmmm *lap airmata* ekekekeke

Act, aku skang tgah melalui 3rd trimester!!! Ehh, apa nii tetiba 3rd trimester kan??? Mihmihmih. Act, aku preggy. One month after I'm married. Hewhewhew. Bila org tanya, apa perasaan aku akan cakap eksaited and tak sabar nak jumpa buah hati aku nii tauu!!! Same goes with Hubby also :D ok. Mari cerita cemana aku leh tahu aku preggy

Adalah satu harituu. Masa kat rumah. Time nii aku dh resign dh. Dh jdi fully housewife. Kikikiki. Masa tuu aku sakit pinggang yg teramat sgtt. And priod aku plak dh delay almost one week. Pastu muka naik jerawat. Pada asalnya aku ingt alaaa, nii nak priod laaa nii. Malas lah nak layan perasaan padahal dalam hati masa tuu hopefully aku preggy. Tapi, instinct aku nii plak kuat dk kata rasa mcm preggy. Then aku pn pergi lah aeon kt area umah aku nii *aku dh mintak izin dulu sebelum nak kua* plus masa tuu plak dh dua tiga hari tekak nii asyik nak makan rojak buah jee. Smpai aku menangis and merata cri rojak buah ngn Hubby tak jumpa langsung. Tpi lastly junpa jgakk kt pasar malam Alam Megah hehehe.

Sambung crita tdi, masa pergi aeon tuu, aku pergi lah cri kt watson, beli 3jenis UPT. Takut ada yg tak tepat :p ok. Masa fisrt UPT aku try, aku tak menyempat sgt nk tahu result. HAHAHA. Org kata afdal buat time pagi masa bru bgun tdo, yg aku buat tgahari. So jawapan tak berapa nak accurate. Kihkihkih. Nak tahu apa jawapan dia? Jawapan dia sgt kelakar. Aku campak UPT tuu dlm tong sampah hahahahaa. Act, mcm nii. Mcm aku kata tdi, sbb eksaited sgtt kann. Tak menyabar nk tunggu jawapan. Lpas buat test tuu aku tgok 1 line jee. Then aku tggu jap. Still the same. Then aku cmpak lah dalam tong sampah. Trus baring atas katil. Masa tgah baring tuu otak dk pk UPT tuu jee. Pergi lah tong sampah tuu tgok balik. Pastu tahu tak apa jadi??? Aku nampak 2line. Cuma kabur sket lah 2nd one tuu. Hahahahahahaa. Kemain eksaited. Trus aku wassap Hubby. Tunjuk gmbr. Pas dpt wassap aku, Hubby trus call tanya syg preggy ke? Tuu sapa punya UPT. Haaa taknak banyak plak soalan kann hihihihihi.

Then yg 2nd UPT aku buat early morning keesokkan tuu. Pas solat subuh, buatkan bfast Hubby and siapkan bekal Hubby dia nak bawak p kerja satgi, aku pn test laaa lagi skali. Dgr berdebor debor aku tunggu result. Result remain +ve. Then masa tuu aku senyum smpai ke telinga katakauuuu. Muehehehe. Trus tunjuk kt Hubby pas dia habis mndi. Tak semena dpt hug smbil nangis encik suami kita! Heee. Ehh tuu belum habis lagi. Masih lgi tak puas hati hahaha. Ptang tuu smbung lgi buat UPT. SBb mmg tak percaya ada benih dalam perut nii hihihi. Malam tuu dh tekad pergi klinik buat pregnen test. Siap req nk doc pmpuan lgi tuu. Kemain kann aku nii hiksss. And alhamdulillah, doc sahkan aku preggy 8weeks huhuhu.

Haaa, since aku preggy smpai saat nii (30weeks) satu kerja rumah pn aku tak boleh buat. Kecuali memasak. Basuh bju, basuh pinggan, kemas rumah, mop rumah, buang sampah, lipat baju, sidai baju. Semua encik abg yg buat. Kerja aku cuma memasak jee. Itupn Hubby siap letakkan kerusi kt dpur sbb aku jenis tak boleh brdiri lama. Nanti pitam. Bila masak, smbil tunggu masakan aku tuu, aku duduk laaa kt kerusi tuuu huhu

Bila org tanya pengalaman aku with my first baby, it's awesome! !! Kadang kadang mcm tak percaya tauu yg aku preggy. Tpi pengalaman aku preggy mmg agak teruk laaa. Alahan aku toksah kata laaa. Lpas tahu preggy, tak lama tuu aku muntah teruk smpai usia kandungan aku 4bulan. Sabar jelaaa. Asal makan jer muntah. Nasi lagi teruk, tak boleh masuk langsung. Bau masakan tuu tak boleh langsung. Smpai kan dalam masa aku alahan, Hubby yg masakkan. Aku goreng goreng. Dia brlauk. Tpi semua dia yg masak sndr. Aku kt dalam bilik kurungkan diri. Sbb tkut muntah. Terukkan. Smpai kan tgok makanan jadi takut sgtt. Sbb takut muntah. Hmmmmmmm

Tpi skang, alhamdulillah semua dh ok! Aku dh boleh masak. Hari hari aku yg masak untuk Hubby. Tapi yg tak seronoknya bila stiap benda aku nak buat, msti kena marah @ ada yg tegur "syg, jgn buat tuu. Abg boleh buatkan" "syg kalau nak apa apa jgn buat sndr, biar abg buat untuk syg" etc. Semuanya tak boleh. Smpai nak masuk toilet pn kalau boleh dia nak teman. Risau kan keadaan aku. Tapi paling syok bila pergi kerja. Msti dpt hug and kiss for my baby siap package pesanan "baby jaga ummi tauu. Jgn nakal nakal" and pesanan kt ummi plak "syg jaga anak abg baik baik yee. Jaga diri. Nnt tengahari abg blik makan"

Skang nii mmg tak sabar nak tunggu anak ummi ngn ddy nii lahir. Barang barang alhamdulillah dh lengakap sket sket. Tapi tiap kali beli brng dpur mesti lalu tmpt baby. And msti akan TERbeli hewhewhew. Comel sgt barang bby. Sbb tuu trbeli wakakaka. Skang nii tunggu masa jee nak brsalin. Tak lama jee lgi. Dalam sebulan lebih lagii :D

Oklah. Panjang plak celoteh aku nii kan. Hehehe. See you next entry. Daaaa

nahhh. Belanja satu gambar bakal ibu ;p

Wassalam...

-Posted Using Blog Press from my Samsung Note 4

20 March 2014

::pERNikAhAN syidA & FArhAN::

Salam. Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Hihihi.
Hari ini 20/03/2014, saya telah menjadi isteri kepada Farhan selama Tiga Belas Hari. Hehehe
*Poyo cm dh empat tahun jadi isterikan haha*

Ok. Meh nak share sekitar majlis pernikahan & perkahwinan kami


Baju nikah DIY! Veil tuu. Act bukan veil. Sebenarnya Halfmoon aku buatkan jadi veil hehehe. Otak msti kreatifkan haha. Haaa. tu pn buat sndr. Rantai tuu beli jee hehehe


Akad Nikah w/ my father



Setelah sah brgelar isteri








Motif: Nak tayang henna & inai kahkah


Ok! Cukup lh tuu belanja gambar kan. Nak tunjuk gambar sanding plak hihi













Ok. Now meh nak belanja gambar majlis bertandang plak hihi














 Haaa. ni some of pic outdoor hihi








The end. Hahaha. Cukup laa tuu belanja gambar kan. Alhamdulillah. Majlis berjalan dengan lancar.

To all my friend, colleague, bff, family thanks for coming. Pada yang memberi hadiah serta 'angpau' pn terima kasih daun keladi. Tak tebalas jasa baik kalian semua.

sekian terima kasih.

p/s : Gambar semua dicuri dari mr. Photographer & tagged at FB. Kindly like my Mr. Photographer fb page to know more about him. Surely you can get very low price and affordable if compare to other photography. Tapi, takdelah dapat semurah saya, sbb saya diberi harga istimewa. "harga kawan kawan" sbb this is belonging to one of my friend" . Dia juga travel ke umah anda yg ada kt luar Selangor kalau nak ambik khidmat dia. contoh seperti Johor, Melaka etc.


- Posted Using Blog Press from my Samsung Note 3

18 January 2014

::Welcome New Biz::

Holla!

Lama rasanya tak hapdate belog nii kan.
Almaklumlah lately nii sangat lah busy dengan persiapan
Org tengah meniti hari bahagia lah katakan kihkihkih

Btw, bila ada yg brtanya persiapan kawen aku.
Apa progress
Macam mana baju. Baju akad Nikah etc
Aku cuma cakap BIARLAH RAHSIA
Kasi suprise sket lah kan hehehe
Tapi apa yg pasti aku tak sabar sgttt ok haha

Reason tak sabar? Ok.
This is the reason
 1) Baju Nikah DIY
 2) Veil DIY
 3) Tudung Nikah DIY
 2) Candy corner DIY
 3) Senang cite semua DIY lah

Darii tunang sampai ke kawen semua DIY
Baju tunang haritu pon DIY
Sebab aku nii kan ada impian tersendiri
Design pn sendiri.
Semua aku DIY jee
Selain jimat bajet. Puas hati sgtt sgttt

Tuu yg sangat tak sabar tuu haha
Sapa nak tengok hasil
Jemputlah datang majlis saya yee hihi

*****************************************************************

Ok. Nii merepek dh
Sebenarnya selain dri persiapan tuu
Act, aku teramat lah sibuk dengan bisnes baru :DD

Alhamdulillah, Sebulan dah buat biz nii.Sambutan agak memberangsangkan
Ramai jugakk yg beli hehehe
Mula mula agak takut. Lama lama ok. Alhamdulillah

Bila keluar dgn kesayangan aku akan off mobile data
Sampaikan pernah sekali cust marah tauu
Dia cakap mcm nii "sis. Saya tanya harga sis tak reply pn. Nak jual ke tak?"
Ok. Itu mmg sgt sentap ea
Tapi, sebabkan hati nii kental. Kuatkan jiwa hehehe
Cakap sorry sebab busy sgtt
Tpi luckily cust paham and she said sorry
Dia taktahu aku busy uruskan perkahwinan aku

Niat dh ada dari dua minggu lepas
Nak cri assistant
Tapi mmg takde calon yg sesuai *Havoc sgt*
Hahahahahaha
So, saya hanya mintak tolong adik saya jdi PA saya yg tak brtauliah
Dia jee yg tolong reply kan semuaa comment, PM kt fb & ig
Tpi yg direct whatsapp aku tuu
Aku sendri lerr reply hihihi
So, semua sales dia yg buat for this time being
Aku pn bgi dia commission untuk setiap barang yg dia dh jual kan
Berapa amount tuu biarlah rahsia kihkihkih

Act, nak cakap TERIMA KASIH yg tak terhingga to future Husband, Farhan Iezzad
Sebab dia yg bagi modal untuk biz nii.
Al-maklumlah, aku nii kan hantu baju sket
So, aku saja berangan cakap
"Kan best lau ada butik sendri, jual baju sndr"

Haaah kauuuu!!!
Betul betul dia bagi modal. Suh buat hihihi
Tapi, saya belumlah sampai ke tahap bukan kedai sndr lagi hehehe
So far saya start with online first.
Bila dh stabil, dh pulang balik modal, baru lah bukak kedai plak
In Syaa Allah Suatu hari nanti
Aminn

Tapi, sebelum aku nak bukak kedai sendri tuu
For sure lah aku kena bayar habis dulu hutang En. Tunang kan
Even dia bagi modal for this biz. Cakap tak payah bayar
Tapi tak bermaksud aku tak perlu bayar kan
Bila dh habis bayar baru lah boleh bukak kedai sndr
Hehehehe
Tuu pn kalau dia terima duit tuu, dia bukan mahu pon aku bayar
Haishhh

Ok. Dari tadi merepek panjang tah cerabih apa kannn
Haaa. Meh nak promote my new biz hehehe

Do Follow & like us
FB & IG : pasha_shop
:)))

Ok. The end
***

- Posted Using Blog Press from my Samsung Note 3

19 December 2013

::jALAN jALAN sAbAh::

Holla. Lama tak hapdate belog tersayang nih kan. Haha. Al- maklumlah. Busy sket. Huhu

Ok. last week Iolls pergi holiday wth family kesayangan. Huhu. Pergi 11/12/2013 balik 16/11/2013. Haa! Lamakannnn~~~

Saje jalan jalan. Mak, En. Tunang, Me, Ijam, Maklang, Alip, Along En. Tunang, Kaklong, Nenek.

Ermmm. Let's this pic below tell everything how fun my holiday! Wiwiwiwi~~~

On ourway to LCCT 



At LCCT











Dalam kapaltorbang



At Airport Tawau































 Ok. Could you see how fun I am? Ok. Tuu je.

Kbye
 

- Posted Using Blog Press from my Samsung Note 3
Ampersands & angle brackets need to be encoded.
Hello Kitty Pink Cherry