::Our Anniversary::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
hola peeps, readers, stalkers, fan, friends, and all readers! selamat datang ke belog kesayangan kami! This is Pasha's Life. enjoy your reading yaa. sorry ya, if blog kami buruk sgt. n comot gilaa :') last but not least doakan hubungan kami kekal hingga ke syurga. AMIN~~

Wedding Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Little Caliph

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

08 September 2016

::My TTC Journey::

Assalamualaikum,....

Fuuh! Berhabuk blog aku ni. Lama gila tak update. Maklumlah, busy dengan dunia hemak hemak. kikiki

Ok, entry kali ni aku nak story pasal journey untuk dapatkan 'double line' hahahahaa. Maaf jika entry ni agak panjang ye! Sapa ckp mengandung senang? Sapa ckp bersalin senang? Sapa cakap berpantang pun senang? Meh sini cte kt aku tang mana yg senang tu??? For me, agak senang confinement dulu. Sbb A- to Z mama yg setelkan. Keja aku makan & susu kan anak je. Lain lain semua mama buat ke anak aku. Aku berehat sepenuh nya masa pantang dulu. Thanks ma. Love you. Tapi tuk kali ni taktahu laa mama dapat jaga ke tak. Dengan anak aku yg dh besar tu. Kalau mama tak dapat jaga, alamatnya pantang sendiri laaa kali ni. Huwaaaaaa :'(

Ok! Rasanya dah boleh stop dulu cte pasal tu. Kk, berbalik pada topic asal iaitu "TTC Journey" ok, untuk TTC anak kedua nii aku ambik masa 2 bulan baru dapat preggy balik. Tu pon guna method BBT Chart. Haaa, sebelum ni pakai Period tracker tu tapi tak jadi kan. Kalini pakai BBT Chart, alhamdulillah lekat hahahahahahaha.

Okay, let's check it out.............................

Yang kat atas ni BBT Chart aku. Tak faham? Meh aku explain.

BBT - Basal Body Temperature

Dah nama pn temperature kan, mestilah suhu. So kita perlukan thermometer! Seeloknya beli 2 digit, Sebab 2 digit lebih accurate. Tapi aku pakai 1 digit je, Sebab tu graph aku tu semua dalam 1 titik perpuluhan je :P tapi still accurate jugak even 1 titik perpuluhan pn


Waktu catat suhu
Masa terbaik ialah selepas bangun tido. K kena faham maksud selepas bangun tido ni tau. Jangan bergerak walau seinci pn. So nak terkencing ke hape ke tahan dulu hahahahaha. Sebab menjejaskan suhu badan kita once dah bergerak. So celik je mata, terus capai thermometer & catat suhu. Aku letak thermometer sebelah bantal, senang nak capai bila dah bangun tido huhu. Seeloknya, tetapkan masa yg sama setiap hari untuk mendapatkan catatan yg tepat. Macam aku, aku buat 7am hihi. So, consistant 7am setiap hari.

Cara Cara Untuk BBT
- Mulakan ambil suhu pada hari pertama period. Hari pertama tau bukan hari terakhir!
- Ambil suhu selepas bangun tidur
- Isi dalam chart. Aku ada installed dalam phone. Ni apps dia Google Play App Store . Jangan risau, apps ni percuma hehe

Cara Bacaan Waktu Subur
Dalam kitaran haid seorang wanita terdapat dua fasa. Iaitu Fasa Folikular & luteal. Perkembangan folikel dalam kilang berlaku semasa fasa folikular. Pada ketika ini, hormon estrogen adalah tinggi. Setelah ovulasi berlaku, terdapat peningkatatan hormon progesteron pula di dalam darah & ini akan menyebabkan susu asas badan meningkat. Garis merah didalam chart di atas menandakan hari ovulasi berlaku dimana terdapat penurunan suhu "dip" diikuti dengan peningkatan suhu badan. Ini dinamakan fasa luteal. Fasa folikular biasanya berubah-ubah. Manakala fasa luteal adalah tetap. Memang agak sukar untuk faham kan? Tapi, aku belajar, pergi kelas untuk semua ni. Huhuhu

Merancang Untuk Bersama Suami
Digalakkan untuk bersama suami selang dua hari semasa ovulasi berlaku. Sebagai contoh, dalam graph aku tu. Dia mentioned aku subur pada hari ke-18. So, digalakkan bersama suami pada hari ke 14, 16, 18 & 20. Ini kerana sperma boleh hidup dalam faraj, rahim & saluran peranakan lebih kurang 2-5 hari! Berbanding dengan wanita yang hanya boleh bertahan selama 12-24jam sahaja. Tapi aku takda plak buat 4 hari tu. Pengsan wehhh hahahahahhahaa

Tapi, bagi yg mempunyai masalah haid yg tidak teratur, seeloknya pakai OPK untuk mengesan kesuburan. Tapi aku yg tetap pn still jugak pakai OPK. Nak kepastian org kata :P

So, lepas waktu ovulation tu, suhu badan kita naik & tak jatuh jatuh. Dah boleh standby buat preparation for a baby!! Hehehehe. Tapi kalau mula mula naik & tiba tiba dia jatuh merudum, bersedia untuk kibarkan bendera jepun yaa. Hahahahahhaa. Macam graph aku nii +ve hihihi

Sebab tu segala aktiviti kita buat untuk 1 hari tu, catit je dalam tu. Demam ke apa ke. Bersama suami pn kena catit tauu. Kalau pregnant kan senang dia nak detect EDD hihihi

Sedikit coretan sebelum menutup kisah aku kalini. Aku nak story sikit amalan aku sebelum mengandung kali kedua.

1) Mengurut - Mengurut dengan bidan bersalin dgn bidan biasa lain tau, bidan bersalin dia lebih faham kedaan badan kita. masa aku mengurut tu bidan kata rahim aku jatuh sikit. So dia naikkan rahim aku (kalau aku tak urut, aku taktahu rahim aku kebawah)

2) Folic Acid - Seeloknya diamalkan 3 bulan sebelum TTC. Jangan skip. Sebab Folid Acid ni menguatkan rahim kita!

3) Makanan Sunnah - Aku amalkan ambik kurma (dalam bilangan yg ganjil) & blend dgn air. Suami minum dulu & kita habiskan sisa suami

4) Nawaitu - Nawaitu tu penting dalam setiap apa yg kita lakukan. Sebab apa kita nak mengandung? Memang nak zuriat atau malu @ terasa dengan mulut orang atau nak menunjuk pada kawan yg belum ada zuriat? Fikirkan sendiri

No comments:

Post a Comment

Ampersands & angle brackets need to be encoded.
Hello Kitty Pink Cherry