::Our Anniversary::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
hola peeps, readers, stalkers, fan, friends, and all readers! selamat datang ke belog kesayangan kami! This is Pasha's Life. enjoy your reading yaa. sorry ya, if blog kami buruk sgt. n comot gilaa :') last but not least doakan hubungan kami kekal hingga ke syurga. AMIN~~

Wedding Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Little Caliph

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

19 February 2015

::pENgALamAN mELahiRkAN my hEro::

Assalamualaikum....

Skang status dh brtukar dlu isteri orang. Skang tambah lagi satu tanggungjawab. It is mother. Yes! MOTHER.

Setiap orang melalui pengalaman yg berbeza untuk setiap zuriat yang dilahirkannya. Begitu juga dengan aku. Tak terlepas semua tuu. Pengalaman aku? Ermmm. No komen hehehe.

Ok. Let's start the "journey"......

Pada 12/02/2015 aku pergi "menyerahkan diri" @ hospital sebab kandungan dh overdue sgt aku masih belum meletop hihihi. Alkisahnya mcm nii....

Pagi 12hb tuu aku sepatutnya kena g hospital kul 8am. Tapi kul 7.30am pas aku salam mama mintak ampun maaf, halalkan makan minum semua. Doakan aku and menangis bagai, aku pergi bfast ngn Hubby dlu, pastu sempat jalan jalan lagi. Kul 11lebih baru aku pergi hospital. HAHAHAHA.

Since aku masuk hospital lewat, so doc decide aku induce esok pagi iaitu 13hb. Masa tuu aku tibai segala makanan aku trasa nak makan semua aku mintak hahahahaha. Time nii happy lagi weyy hahahaha

Then tibalah hari yg dinanti nantikan. Aku diinduce. Kul 7pagi, Sebelum induce doc buat VE dlu. Then dia kata. Ok good. Dh bukak 2cm. So kita proceed induce ya. aku redho pasrah jee time tuu. Pas dh induce doc suh baring jangan bergerak selama 1jam kalau tak ubat jatuh. After 1hour, doc kata dh boleh gerak. Nak kencing mndi makan pe semua. So siapkan lah diri dlu japgi nak jumpa encik suami :-P

After induce nurse nasihatkan jgn baring. Banyakkan berjalan, bergerak. Kalau tak nanti takde bukaan. Jadinya aku pusing satu wad tuu hihihi. Bila pukul 4 mcm tuu doc cek balik bukaan and dh buka 4cm. Doc ckp ok proceed to LABOUR ROOM. Puan please call husband ya. Then dia suh tukar bju untuk ke LR. pas aku tukar bju pe semua suami aku pn dh sampai then aku tunggu LR kosong. Pukul 7 lebih bru dpt masuk LR.

Masa dh masuk LR tuu dia buat sket check up dlu baru panggil Husband masuk. Masa dalam LR aku dh tak boleh berjalan jalan lgi. Hanya duk atas katil jee pastu masuk ubat and pintu rahim akan membuka sket demi sedikit. Kata doc untuk 1st child 1hour 1cm bukaan. Ok. Masa nii rilex lgi. Sbb contraction tak kuat mana pn. Bukan tak kuat sgt, cuma aku boleh tahan lagi. Doc tak bgi meneran tanpa pengawasan. So kalau rasa nak meneran let them know. Nak makan minum tak boleh dh dalam LR. Nak kencing pn dia pakaikan beg kencing tuu. Kencing lah ngko sepuasnya. Hihihihi

Makin berganjak masa, makin kerap contraction dtg. Makin sakit. Makin aku tak tahan nak menganggung sakit contraction tuu. Hubby kt sebelah tak berenti suh aku selawat, baca doa nabi yunus. Meanwhile dia pn buat perkara yg sama kt telinga aku.

Bila makin sakit aku genggam tangan Hubby sekuatnya. Ada skali tuu aku tak tahan sgt aku sampai hampir gigit lengan suami aku. Huhu. Aku menangis. Hubby pn menangis tengok keadaan aku yg mcm tuu. Mmg Hubby lah teman aku menangis bersama dalam LR tuu. Walau tak dpt rasa kesakitan mcm mana, tpi dia kata dia paham apa aku rasa siap ckp nk transfer sakit tuu ke dia lgi. Amboiii. Ingt nii demam ke apa? Hahahaha

Masa berganti masa, aku still dalam LR. Tanpa disedari, dh 10jam aku dalam LR. Anak aku masih lgi tak boleh keluar. Lastly, doc tanya pendapat aku and suami. Encik kami terpaksa emergency czer isteri encik sebab progress still sama. Tkut baby lemas. Dh lama nii. Kepala dh keluar. Tapi bby tak mampu push bahu dia untuk keluar. Tanpa pk panjang, tanpa tunggu jawapan dari Hubby aku trus jawab setuju. Sebab masa tuu memang pk kan anak jee. Tak pk dah pasal diri. So bila Hubby dh setuju, dh sign semua borang terus tolak g bilik bedah sekali ngn Hubby. Masa dh nk masuk aku tengah nangis lgi sbb Hubby takleh teman dh. Dia leh teman smpai pintu dewan bedah jer. Time tuu aku pegang tangan dia tak lepas. Dia kiss forehead aku and ckp in shaa Allah syg and anak kita selamat. Masa tuu dh mcm apa dh kitorang nangis. Hahahahaha

So masa dalam dewan bedah aku dibius separuh badan. So aku SEDAR apa yg diorang buat. Diorang potong perut, tekan, korek perut aku. Semua aku sedar cuma mamai and menggigil. Sbb dh dibius. Masa tuu bnyk bnyk baca doa nabi yunus ja.

Tak lama lepas tuu dalam 15min kott aku dengar suara baby. Dalam hati aku bersyukur anak aku selamat. Mengalir airmata aku. Then nurse tuu tunjuk ke aku "Puan, nii anak Puan yee. Tgok baby apa.?" Aku pn jawab baby boy. Then dia suh kiss baby. Anak aku putih melepak giloss woii. Hahahahaa. Tembam plak tuu. Pastu nurse ckp berat baby 4.17kg. Then dia cakap nak hantar baby pergi injection.

Masa tuh diorang tengah jahit perut aku. Pas jahit hantar kt luar aku nampak Husband aku setia tunggu kt situ. Bila dh kuar aku tanya abg dh tgok anak kita? Then dia jawab dah sambil mengalir airmata.

Lepas kena operate, aku dihantar ke wad masa tuu masih lgi mamai sbb bius belum habis. Time tuu doc baru explain dia ckp aku kena czer sbb bby besar. Bby tak mampu nak push bahu dia. Masa dalam LR kepala anak dh keluar. Tpi dia tak boleh bantu diri dia keluar sbb dia besar. Hubby uruskan aku. Doc bgi uri pe semua then dia ckp nak balik. Masa nak balik tuu sempat lgi buat drama airmata kami nii hahahaha

Dia ckp bnyk bnyk terima kasih sbb sudi lahirkan zuriat dia. Bnyk dugaan ditempuhi nak lahirkan anak kami. Mmg dia terharu. Dia call mak dia and kawan kawan dia yg call dia menangis dia jawab call sbb trlalu sedih tgok keadaan isteri dia nii yg berkorban mcm nii skali untuk anak dia. Aku ingt lagi kawan tempat kerja dia call tanya aku cmne then sambil menangis jawab soalan kawan dia tuu. Kesian plak aku tengok nyaa hihihihi

Bila Hubby dh balik, aku pn tdo then petang family semua dtg. Semua dk gomol anak aku yg comel, pipi semerbak tuu. In fact sampai harini sesapa nampak dia semua geram. Dh lh putih tembam plak. Hahahahahaha

Pada anak ummi, selamat melihat dunia sayang. Tarikh lahir awak 14/02/2015 @ 7.17pagi

Sekarang awak and daddy lah dunia ummi. Nyawa ummi. Segalanya bagi ummi. Ummi and ddy love you Muhammad Dinie Izzrayqal

Pada sang suami kt luar sana bila isteri nak bersalin teman lah sampai bayi anda dilahirkan. Anda akan rasa mcm mana rasa seorang isteri melahirkan zuriat anda. Walaupon tak melalui, at least anda teman. Itu dh cukup buat hilangkan rasa sakit :-)

--- THE END ---

P/S: Pic akan diupload later. Selepas masa yg sesuai

-Posted Using Blog Press from my Samsung Note 3

No comments:

Post a Comment

Ampersands & angle brackets need to be encoded.
Hello Kitty Pink Cherry